fbpx

Amyza Aznan & Peguam Didakwa Langgar Etika Guaman

Semalam, Amyza Aznan mengemukakan notis tuntutan ganti rugi berjumlah RM5 juta dari peguam yang mewakili Zarina Anjoulie , Nurul Hafidzah Hassan. Ia susulan tindakan peguam itu mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah yang merosakkan reputasi Amyza sebagai seorang selebriti.

Difahamkan, Amyza yang ditemani peguamnya hadir ke pejabat Hafidzah di Shah Alam semalam untuk menghantar notis tersebut namun peguam itu tiada di pejabat dan notis itu kemudian telah diserahkan kepada kakitangannya.

BACA: Amyza Aznan Tuntut RM5 Juta Dari Peguam Zarina Anjoulie

Bagaimanapun, tindakan Amyza bersama peguamnya hadir secara mengejut ke pejabat firma guaman Hafidzah bersama media tanpa sebarang temujanji didakwa menyalahi etika guaman.

Kedatangan tersebut adalah bertujuan memaksa serahan saman dilakukan di hadapan wakil media bagi kes saman fitnah anak guamnnya, Zarina Anjoulie.

Menerusi kenyataan media kepada mStar, peguam yang dilantik oleh Amyza perlu secara rasmi berhubung dengan pihak peguam Zarina Anjoulie dan memakumkan mengenai perwakilan untuk dimaklumkan kepada mahkamah.

“Defandan iaitu Amyza dan peguamnya mengarahkan dan mendesak serahan saman dilakukan di hadapan wakil media bagi kes saman fitnah anak guam Zarina Anjoulie. Kehadiran mengejut bersama pihak media mengundang kesangsian pihak firma kami.

“Firma Tetuan Nurul Hafidzah dan Associates memaklumkan bahawa prosedur penyerahan saman tersebut telah dipenuhi mengikut kaedah mahkamah. Oleh kerana defendan Amyza diwakili peguam, urusan penyerahan perlu dilakukan secara teratur,” katanya.

Terdahulu, Amyza menerusi notis yang disampaikan melalui peguamnya itu menuntut permohonan maaf dalam tempoh tujuh hari serta bayaran ganti rugi kerosakan.

Permohonan maaf itu perlu dilakukan di media sosial, penerbitan media serta sidang akhbar dan selepas itu barulah budi bicara akan dilakukan terhadap tuntutan ganti rugi itu. Sekiranya gagal berbuat demikian dalam tempoh diberikan, pihaknya akan memfailkan saman.