fbpx

Amyra Rosli Tidak Tolak Jodoh Dengan Amar Baharin

Mengakui ketika ini belum hadir rasa cinta di dalam dirinya, Amyra Rosli menjelaskan bahawa dia kini sedang ketagih untuk bekerja namun dalam masa yang sama tidak menolak jodoh jika ditakdirkan dengan Amar Baharin.

BACA: Amyra Rosli Nafi Bermasam Muka Dengan Emma Maembong

“Secara jujur, Amar bukan satu-satunya lelaki yang akrab dalam hidup saya kerana saya juga rapat dengan beberapa lelaki lain. Cuma mungkin mereka bukan artis, keakraban kami kurang diberi perhatian”

“Tidak dinafikan, saya muak apabila kisah cinta dengan Amar bagaikan tidak bernoktah. Lebih lucu ada peminat mendoakan kami berumahtangga. Doa yang baik, saya terima cuma persoalan mengenai jodoh, itu ketentuan takdir. Siapa saya untuk menidakkan ketentuan Allah?”

“Disebabkan itu, saya tidak berani memberikan kenyataan Amar bukan jodoh saya. Bagaimana nanti andai kami diitakdirkan bertemu jodoh. Keakraban kami bukan seperti menjalin cinta, sebaliknya bagaikan sebuah keluarga. Keluarga Amar juga sudah menjadi keluarga saya,” katanya kepada akhbar sisipan mingguan Berita Harian, B*Pop.

Apa pun, peminat pastinya berharap agar pasangan ini disatukan. Kita tunggu saja nanti. Amyra pun pastinya akan berkongsikan berita gembira mengenai cinta hatinya bila tiba waktu yang sesuai. (rtky/s)