fbpx

Amyra Rosli Tak Sabar Tambah Anak

Anak sulung Amar Baharin dan juga Amyra Rosli kini sudah pun berusia setahun. Malah menurut Amyra, dia ada juga terfikir untuk hamil lagi namun terdapat batasan yang membuatkan perkara tersebut tidak dapat dizahirkan buat ketika ini.

BACA: Julia Ziegler Dedah Amyra Rosli Hamil Anak Kedua?

“Kalau ikutkan memang nak malah tak sabar rasanya nak tambah baby tapi nampaknya bukan sekarang. Selain jadual saya yang padat rasanya buat masa ini saya dan suami ingin memberi fokus kepada Anaqi terlebih dahulu… Dia pun tengah lasak sekarang,” kongsinya kepada mStar Online.

Anak sulung mereka, Aqeef Anaqi telah mencapai usia setahun pada Oktober baru-baru ini.

Keluarga mana yang tidak mahu menambah cahaya mata bukan? Apa pun, semoga perjalanan dan perancangan pasangan ini akan dipermudahkan. Pastinya peminat pun tidak sabar-sabar menantikan cahaya mata kedua pasangan ini. (rtky/s)