fbpx

Julia Ziegler Dedah Amyra Rosli Hamil Anak Kedua?

Baru sahaja menyambut cahaya mata sulung tahun lalu, Amyra Rosli dan suami khabarnya kini sedang menantikan bayi kedua pula. Berita ini secara tidak sengaja dikongsikan oleh pelakon, Julia Ziegler di sosial media.

BACA: Amar Baharin, Amyra Rosli Elak Berlakon Bersama

Menerusi IG story, Julia berkongsi gambar beliau bersama Amyra berserta dengan ucapan tahniah buat ‘mommy to be’ itu. Bagaimanapun pasangan terbabit setakat ini masih berdiam mengenai gsoip ini.

Mungkin Julia tidak menyedari berita baik ini belum dikongsikan oleh Amyra sendiri. Kami juga tidak pasti kesahihan berita ini, kalau betul apa salahnya Aqeef Anaqi dapat adik baru.

Terdahulu Amyra dan Amar Baharin selamat menimang bayi sulung mereka pada Oktober tahun lalu selepas mendirikan rumah tangga pada tahun 2016. Jika benar, tahniah diucapkan buat pasangan ini! (rtky/w)