fbpx

Amyra Rosli, Amar Baharin Selamat Timang Anak Kedua

Tahniah diucapkan kepada Amyra Rosli dan Amar Baharin yang baru saja menimang cahaya mata kedua mereka di pagi semalam. Perkara itu dimaklumkan sebentar tadi oleh Amar menerusi akaun Instagramnya.

Menerusi perkongsian itu, Amar meluahkan rasa syukur di atas kelahiran bayi perempuannya itu serta mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan. Menurut Amar isteri dan anaknya berada dalam kedaan sihat.

BACA: Hamil Anak Kedua, Amyra Rosli Ketagih Kemas Rumah

Di ruangan komen ramai membanjiri laman sosial pelakon itu, dengan ucapan tahniah diatas kelahiran anak ketiga mereka.

Tahniah sekali lagi kami ucapkan. Semoga kesihatan Amyra dipermudahkan begitu juga dengan proses berpantang selepas ini. Tak sabar nak lihat wajah comel anak pasangan ini!