fbpx

Hamil Anak Kedua, Amyra Rosli Ketagih Kemas Rumah

Kini sedang hamil anak kedua, Amyra Rosli mendedahkan tabiat peliknya sepanjang mengandung dimana dia taasub dengan aktiviti mengemas rumah. Amyra berkata kehamilan kedua ini sangat berbeza ketika mengandungkan anak pertama, Aqeef Anaqi.

Menurut Amyra lagi ia mungkin gara-gara pembawaan anak perempuan sehinggakan suaminya, Amar Bahrin marah kerana dia melakukan kerja berat. Malah, Amyra berkata dia turut ketagih makanan manis sehingga berat badannya naik.

BACA: Pulang Dari Umrah, Amyra Rosli Sudah Berhijab?

“Saya tidak tahu bagaimana tabiat dan karakter itu boleh berubah sebegitu sekali sehingga menjadi ‘obses’ mengemas rumah. Sampaikan suami marah kerana saya melakukan kerja berat ketika sarat hamil. Mungkin gara-gara pembawaan anak perempuan.

“Malah, saya juga seperti ketagih makanan manis sehingga berat badan naik mencecah 53 kilogram. Ketika mengandungkan Anaqi dahulu, saya mencari apa-apa yang masin, kini setiap hari mahu benda manis. Cuma, saya harus berhati-hati kerana tidak mahu terkena penyakit lain pula nanti,” katanya kepada BH Online.

Dalam pada itu, Amyra mendedahkan dia pernah hampir sebulan tidak ke dapur kerana alahn dengan bau ketumbar. Malah, Amyra akui pelik kerana tidak boleh menghidup bau tersebut sewaktu kehamilan kedua ini.

“Saya juga pernah berdepan pengalaman tidak boleh ke dapur selama sebulan kerana alahan dengan bau ketumbar. Semuanya gara-gara Amar tersalah beli daun terbabit, sedangkan saya memintanya mendapatkan daun sup.

“Maklumlah, kedua-duanya seakan-akan sama. Saya sendiri pelik apabila tidak boleh menghidu bau herba itu pada kehamilan kali ini,” katanya.