fbpx

Amy Search Terima Gelaran Datuk

Tahniah diucapkan kepada vokalis kumpulan Search, Amy yang menerima pingat Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk.

Amy merupakan satu-satunya pelaku seni yang menerima pingat tersebut sempena Hari Ulang Tahun ke-73 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam.

BACA: “Saya Gemuk Tapi Saya Popular, Bapa Saya Amy Search”

Memetik Astro Gempak, Amy turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Yang di-Petua Dewan Unangan Negeri Melaka, Dato Sri Rauf Yusof di atas kurniaan diterima selepas 42 tahun bergelar anak seni.

“Syukur dan terima kasih yang tidak terhingga kepada kerajaan negeri Melaka, Yang di-Pertua Negeri, Tun Ali Rustam dan semua pihak yang terlibat.

“Pemberian pingat yang membawa gelaran Datuk kepada saya ini tidak akan merubah Amy Search yang semua kenali. Saya tetap Amy Searh, penyanyi dan pemain industri muzik yang dikenali,” katanya.

Dalam pada itu, Amy berkata anugerah pingat tersebut merupakan tanggungjawab kepadanya dan pengiktirafan buat seluruh karyawan hiburan.

Difahamkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengetuai senarai 883 penerima darjah kebesaran Negeri apabila dianugerahkan Darjah Utama Negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.