Mengakui tidak mahu menangguhkan perkara yang baik, pelakon dan pengacara Amy Mastura turut terbuka hati untuk bertudung baru-baru ini. Perkara ini diketahui melalui Instagram jurusoleknya, Alha Alfa.

Amy Mastura Kini Sudah Bertudung Penuh

“Sudah lama saya berniat ke arah ini tapi Alhamdulillah semuanya jadi tanpa paksaan sesiapa. Saya tidak merancang tetapi ini kewajipan saya sebagai wanita Muslim. Ikutkan, saya merancang untuk semua ini sempena mengambil keberkatan Ramadan tapi pintu hati saya terbuka lebih awal”

“Perkara yang baik tak perlu ditangguh tangguh,” jelasnya kepada Berita Harian. Selain itu dalam masa yang sama, tindakan Amy untuk berhijrah sepenuhnya itu turut mendapat sokongan ratusan peminat di Instagram.

Apa pun semoga perubahan positif ini bakal membawa keberkatan dan kebahagiaan kepada kehidupan Amy Mastura. Menjelang Ramadan ini kita nantikan siapa lagi selebriti yang bakal bertudung. (rtky/s)