fbpx

Ammar Titan Tak Malu Jadi Ejen Insurans

Pelakon Ammar Titan berkongsikan dia kini bekerja sebagai ejen insurans sepenuh masa sejak bulan Julai lalu bagi menampung keluarga berikutan jarang menerima tawaran dalam industri seni.

Rumah Terbuka Kardinal ‘IllumiRaya’ Membawa Transformasi Untuk Komuniti Kreatif Lokal!

Bila sebut Kardinal mesti korang ingat mengenai rokok alternative kan? Kardinal kini ingin menjadi salah satu brand yang menawarkan penyelesaian untuk membantu perokok tegar berhenti merokok. Bertempat di Boathouse By The Lake, Ampang Jaya pada...

Baca Lagi

Memetik Harian Metro, Ammar berkata sebagai bapa dan ketua keluarga, dia perlu bersaha untuk mendapatkan pekerjaan serta tidak hanya menunggu tawaran diberikan.

BACA: Bosan Imej Lama, Ammar Titan Puas Hati Dapat Warna Rambut

“Alhamdulillah, sejak Julai lalu saya sudah ada kerja tetap sepenuh masa sebagai ejen insurans. Walaupun bukan mudah nak dapatkan kepercayaan orang untuk ambil insurans, tapi saya tak pernah rasa malu.

“Bagi saya, asalkan pekerjaan itu membawa sumber pendapatan untuk sara keluarga, saya buat semuanya tanpa rasa malu. Termasuk, membantu rakan saya menjual makanan di bazar pada Ramadan lalu, hanya untuk cari duit lebih.

“Pernah juga rakan itu bertanya, okay ke artis macam saya kerja di bazar jual makanan? Saya kata kepadanya, kalau di lokasi ‘shooting’ saya memang artis, tapi di tempat lain saya tetap orang biasa saja,” katanya.

Menerima tawaran watak utama dalam Teater Bangsawan Dang Anum, Ammar berkata dia sememangnya rindu untuk berlakon teater apatah lagi dia jarang menerima tawaran berlakon.

“Saya rindu sangat nak berlakon teater sebab kali terakhir terbabit dalam pementasan teater Terima Kasih Cinta pada 2011. Lagi pun, saya memang jarang dapat tawaran berlakon sekarang.

“Tapi, tak apalah dapat keluar berlakon sekali-sekala pun okay dan saya anggap semuanya bergantung rezeki. Kalau ada rezeki saya dengan watak yang sesuai, insya Allah saya akan terima,” katanya.

Terdahulu, Ammar pernah terpalit dengan kontroversi gara-gara mempersendakan bekas pelari pecut kebangsaan Watson Nyambek menerusi satu rancangan komedi.