Ammar Alfian Sah Bercerai Secara Tebus Talak
Hampir setahun kemelut rumah tangga hangat diperkatakan, pelakon Ammar Alfian mendedahkan dia sudah pun sah bercerai dengan isterinya Nelissa Nezam secara tebus talak semalam di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Ammar meluahkan rasa syukur semuanya sudah selesai dan bekas isterinya perlu membayar bayaran iwad sebanyak RM7,000 kepadanya.
BACA: Isteri Kecewa Ammar Alfian Enggan Cerai
“Alhamdulillah. Hari ini mahkamah benarkan saya dan bekas isteri bercerai secara tebus talak dengan bayaran iwad dibayar oleh Nelissa kepada saya sebanyak RM7,000,” tulisnya.
Dalam entri itu juga, Ammar turut bersyukur kerana kebenaran telah berbukti berpihak kepadanya dan tidak akan memaafkan bekas isterinya di atas apa yang telah dilakukan kepada ibu bapanya.
“Akhirnya kebenaran telah diketahui. Selama ini dia memperbodohkan semua orang dengan menggunakan media untuk menentang saya tetapi kebenaran selalunya akan berpihak kepada yang benar.
“Sekarang satu Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan tahu perangai sebenar dia. Saya tidak akan maafkan apa yang awak telah lakukan kepada ibu dan ayah saya,” ujar Ammar.
Terdahulu, pergolakan rumah tangga Ammar dan Nelissa menjadi perhatian ramia apabila wanita itu mendedahkan suaminya berlaku curang ketika dia sedang sarat hamil enam bulan pada Mei tahun lalu.
Menafikan tuduhan isterinya itu, bagaimanapun kemelut rumah tangga pasangan itu terus berlarutan selepas Nelissa sekali lagi mendedahkan bukti paparan skrin kecurangan Ammar.
Inilah yang dikatakan perpatah:
Tak kenal maka tak cinta,
Dah kenal macam celaka.
Mcm malu je jd laki..bayar tebus talak br blh cerai..
takyah sibuk hal org la… kena diri sendiri nnt baru padan muka
Jarang dgr cmni kan 1 dlm 1000000 ni..
tebus talak ni hukumnya mcm talak 3 kam x boleh rujuk
yes, u got the money..but that doesnt mean u wonn
Joyah..dia yg suh org cite hal dia kan..org pun sibuk lh jg..sape suh cite kat socmed..org lain cerai suami lafaz terus..dia ni cerai bini kena bayar dulu br dia nk lafaz cerai..kan ke lain skit dr lelaki lain..yg ko nk angin sgt tu np..joyah sedara amar ke..
bangga sangat yer? aduhaii….
Cayalah Ammar ini lahh yg kite ndakk… Boleh dah labur duit tu dalam saham oil and gas… End of next year jadi kaya raya. Boleh angkat bini baruu…
haha..wat ever..poyo mamat nih.. patut berbuat baik ngn bini tp dibuat musuh.. kesian ank tu..amik la 7k p main jauh2
Jgn nk bangga sgt lh..nafkah anak nnti jgn bt2 lupa pulak ye..