fbpx

Ammar Alfian Berang Dikaitkan Dengan Video Seks Songsang

Sejak semalam hangat diperkatakan apabila tular satu video lucah didakwa mirip seorang pelakon lelaki. Timbul spekulasi sehingga ada yang menuduh pelakon Ammar Alfian dikaitkan dengan video tersebut meskipun tiada bukti kukuh.

Berang dikaitkan dengan kontroversi liar itu, menerusi Instagram Ammar tampil memberikan respon berkenaan penyebaran berita palsu itu. Malah, Ammar turut sertakan bukti bahawa lelaki di dalam video tersebut bukan dirinya.

BACA: Lalui Situasi Hampir Sama, Ammar Alfian Sentiasa Sokong Sharnaaz

Ammar turut memuat naik mesej yang dikirimkan oleh netizen yang mendedahkan siapa sebenarnya lelaki di dalam video itu iaitu seorang lelaki Latin yang mempunyai tatu seakan sama dengan Ammar di dada.

Bukan itu sahaja, Ammar turut memuat bukti serta penjelasan bahawa dia tidak terlibat dalam video hubungan songsang itu serta membandingkan tubuh badannya dengan tubuh lelaki di dalam video tersebut yang sememangnya tidak sama.

Dalam pada itu, Ammar turut meluahkan rasa kesal apabila isterinya sendiri, dikatakan percaya kepada berita tersebut sehingga menghalang dia berjumpa dengan anak mereka.

Makin menjadi-jadi penyebaran video lucah mirip selebriti tempatan dan ada sahaja artis yang menjadi mangsa individu tidak bertanggungjawab. Apa pun semuanya sudah dijelaskan oleh Ammar dan diharap tiada lagi spekulasi liar mengenai perkara itu.