Penyanyi Amira Othman tampil menjawab dakwaan gosip pernikahannya dengan aktor Fattah Amin susulan video memaparkan penyangkut baju busana pengantin dengan huruf A dan F.
Memetik mStar Online, Amira berkata video tersebut adalah sebahagian daripada strategi pemasaran sebuah jenama yang berkolaborasi dengannya.
BACA: “Penyanyi Wanita Kegemaran Saya Amira Othman” – Fattah Amin
“Itu adalah marketing strategi daripada brand yang saya berkolaborasi, saya pun tidak berapa tahu bagaimana exact plannya.
“Apa yang saya tahu itu adalah kolaborasi untuk busana pengantin. Jadi pastinya ada video panjang dan beberapa video teaser jadi video yang berbeza-beza makan pandangan orang pun berbeza-beza.
“Bagi saya masing-masing ada cara untuk promosikan produk cara mereka, saya hanya menjalankan tanggungjawab, tiada niat nak buat itu, ini, apa semua tu,” katanya.
Terdahulu, hangat diperkatakan mengenai video memaparkan Amira mengenakan busana pengantin serta penyangkut baju huruf A dan F serta kad dengan tarikh 26 Ogos.
Sumber: mStar Online