fbpx

Amir Raja Lawak dan Nur Intan Syafinaz Selamat Bergelar Suami Isteri

Tahniah kepada Amir Raja Lawak dan juga pilihan hatinya, Nur Intan Syafinaz yang telah selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri oada hari ini dalam satu majlis yang diadakan secara sederhana bertempat kediaman pihak perempuan di Kampung Kubu Gajah.

BACA: Bakal Berkahwin, Amir Raja Lawak Mahu Fokus Niaga Roti Bakar

Kelihatan Amir dan pasangannya sungguh comel bersanding di dalam busana serba putih sungguh comel. Menurut Amir sebelum ini, majlis bagi bagi pihak lelaki akan diadakan pada 2 April depan.

Sebelum ini, Amir pernah menyatakan hasratnya untuk fokus terhadap perniagan Roti Bakaq Telur Meleleh yang diusahakannya atas kesedaran mengenai tanggungjawabnya selepas berumah tangga dan mahu mencari sumber pendapatan sampingan supaya kehidupan lebih selesa.

“Saya ada membuka gerai roti bakar di Gombak dan saya rancang untuk buat secara serius supaya boleh menjadi sumber pendapatan sampingan kepada keluarga nanti,” ujarnya.

Selain Amir, Hanez Suraya dan juga Fad Bocey turut selamat melangsungkan perkahwinan pada hari ini. Kami doakan agar ikatan yang terjalin pada hari ini berkekalan hendaknya hingga akhir hayat. (rtky/syfq)