fbpx

Bakal Kahwin Mac, Amir Raja Lawak Fokus Niaga Roti Bakar

Bakal melangsungkan perkahwinan pada 15 Mac ini, pelakon dan pelawak Amir Raja Lawak mengakui dia kini mahu memberi perhatian kepada bisnes roti bakar yang dibuka di Sungai Pusu, Gombak sejak sebulan lalu.

BACA: Amir Raja Lawak Serius Niaga Roti Bakar (ext.)

Bakal Berkahwin, Amir Raja Lawak Mahu Fokus Niaga Roti Bakar_001 - ROTIKAYA

Menurut Amir yang kini berusia 27 tahun, tindakannya itu adalah atas kesedaran mengenai tanggungjawabnya selepas berumah tangga dan mahu mencari sumber pendapatan sampingan supaya kehidupan lebih selesa.

“Saya ada membuka gerai roti bakar di Gombak dan saya rancang untuk buat secara serius supaya boleh menjadi sumber pendapatan sampingan kepada keluarga nanti,” ujarnya.

Amir dan tunangnya Nur Intan Syafinaz akan bernikah dalam satu majlis yang diadakan secara sederhana bertempat kediaman pihak perempuan di Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh sementara majlis persandingan bagi pihak lelaki akan diadakan pada 2 April depan. (rtky/syfq)