fbpx

Amil Zakat Puji Aliff Syukri Tak Pernah Tinggal Bayar Zakat

Seakan tidak serik menjadi mangsa kecaman netizen, baru-baru ini usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri dilihat memuat naik gambar cek pembayaran zakat sebanyak RM52,500 kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Seperti sudah dijangka perkongsiannya itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang berpendapat Aliff seolah-olah riak. Kata netizen lagi, niat usahawan itu membayar zakat itu sudah betul tetapi perlu ke menunjuk kepada umum.

BACA: Rasa Macam Nak Bunuh Diri, Aliff Syukri Tertekan Dikecam

Bagaimanapun, seorang amil zakat tampil menceritakan kisah sebenar Aliff Syukri dan kisah bayaran zakatnya menerusi laman Twitter. Menurut individu tersebut, usahawan kosmetik itu tidak pernah terlepas membayar zakat setiap bulan.

Malah, individu itu turut memuji Aliff Syukri yang mula membayar zakat ketika usia belasan tahun dan perniagaannya masih kecil sehingga ke tahap sekarang. Katanya lagi, mungkin itu antara sebab perniagaannya terus maju.

Menjelaskan tindakan Aliff yang dilihat seolah menunjuk bayaran zakat yang telah dibuat, amil zakat itu berkata zakat memang tersenarai sebagai ibadah yang dibenarkan untuk dihebahkan agar dapat dijadikan contoh serta menggalakkan orang lain turut membayar zakat.

Perkongsian amil zakat itu mendapat perhatian netizen memuji tindakan Aliff Syukri yang tidak pernah ‘culas’ zakat dan disebabkan itu juga usahawan kosmetik itu sentiasa dimurahkan rezeki.  Malah, ada yang mengatakan bahawa Aliff antara penyumbang zakat terbesar di Selangor.