fbpx

Amerul Affendi Mahu Fokus Bidang Pertanian, Lakonan Bukan Kerjaya Utama

Pelakon Amerul Affendi kini memilih untuk memberi fokus terhadap bidang pertanian dan penternakan di kampun serta tidak lagi menjadikan lakonan sebagai kerjaya utamanya.

Amerul berkata dia membuat keputusan itu selepas melihat industri lakonan seakan tidak memihak padanya apatah lagi sekarang ini lebih mementingkan populariti di media sosial.

BACA: Zahiril Adzim Ajak Amerul Affendi Beli Followers Di Shopee

“Isu melibatkan followers ni, mula saya suarakan pada dua tahun lepas. Sejujurnya memang agak terasa Apa guna saya belajar di Akademi Seni Kebangsaan (ASK) dahulu selama tiga tahun, berhabis masa dan duit tetapi bila nak keluar bekerja yang dinilai adalah jumlah followers,” katanya.

Menjadikan lakonan sebagai hobi, Amerul berkata dia tidak lagi bergantung harap pada kerjaya lakonan untuk menjana pendapatan.

Dalam pada itu, Amerul turut menyifatkan egelintir penggiat seni di negara ini dilihat seperti masih lagi tidak belajar daripada kesilapan lalu terutamanya dalam soal royalti dan kelompangan kontrak.

“Masa PKP lalu, ramai pemain industri yang mula sedar cara kerja kita sebelum ini tak berapa betul. Stesen TV kerap ulang tayang karya-karya kita tapi kita tak dapat apa pun,” katanya.