Zahiril Adzim Ajak Amerul Affendi Beli Followers Di Shopee
Tidak dinafikan ramai pelakon yang berbakat namun seolah tidak dipandang dek kerana mereka bukan pelakon berpengaruh di media sosial atau pun mempunyai ramai pengikut.
Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai kriteria diletakkan oleh sebuah syarikat penyiaran yang hanya ingin mengambil pelakon yang mempunyai lebih sejuta pengikut di Instagram.
BACA: Amerul Affendi Kena ‘Reject’ Stesen TV Sebab Instagram Sendu
Perkara itu turut mendapat perhatian pelakon Amerul Affendi yang mempersoalkan penerbit dan stesen televisyen yang terlalu mengutamakan jumlah pengikut di Instagram.
“Selagi ada produser yang ikut sahaja kehendak stesen TV, selagi itulah kau kena cari hero atau heroin dengan sejuta pengikut. Bukan salah stesen TV sahaja. Salahkan kipas,” luahnya.
Perkongsiannya itu mendapat reaksi pelakon Zahiril Adzim yang meninggalkan komen berbaur sindiran mengajak Amerul untuk membeli pengikut di Shopee.
Sementara itu, rata-rata rakan artis dan netizen turut bersetuju dengan perkongsian Amerul itu. Netizen berkata tiada guna jika mempunyai pengikut lebih sejuta tetapi berlakon kurang berkualiti sehingga dilabel kayu.
Beberapa hari lalu tular apabila pelakon Nam Ron memuat naik tangkap layar syarat yang didakwa daripada sebuah syarikat penyiaran mengenai pemilihan pelakon berdasarkan jumlah pengikut media sosial.
The isu is the so called “pelakon berbakat” ni pun dulu selalu jek keluar kt drama di stesen tv berbayar tp adakah mrk menaikkan rating siaran tv mrk dgn “bakat” mrk??! Adakah drama2, telemovie lakonan mrk dpt tontonan tinggi, viral dan jd topik trending perbualan jabatan netizen marhain di socmed???! You guys should answer yourself laa yer…
semua benda semua industry macam tenat ah sekarang. tak cukup yang sayur pun dah limited nak makan. semua nak naik harga. aku makan yang aku boleh tanam je la.
creative industry pulak jadi macam ni. nak kasi known player je main kat tv, tu yang jadi asik2 kena tengok muka yang sama. kayu yang sama. lama-lama jadinya penonton pun takde pilihan. dah itu je yg disaji di tv.
Perlu ada mix of both laa utk jd kan sesuatu karya. Tp kaji laa mana2 filem ke, drama ke, tv siri ke, telemovie ke yg buat sesuatu karya itu berjaya bkn satu atau dua faktor tp the whole package. Sebuah hasil yg baik perlukan team yg baik. Penerbit nk kena tau apa mrk buat, pengarah kena tau apa penonton dan stesen tv mau, pelakon2 dan krew2 juga kena tau peranan masing2. Bila semua org go for quality atau buat berdasarkan satu standard yg tinggi budaya kerja, hasil kerja dan dedikasi maka x timbul isu yg berbangkit. Masalah drama2 melayu hari ni buat kerja janji siap xde sapa jaga kualiti dan standard sbb siaran tv dah bnyk saingan. Jd asal ada bahan mrk hantar ke stesen tv dan stesen tv pun fikir yg penting slot rancangan mrk ada bahan tanpa fikir kualiti atau standard lg.
Diorg ni masih lg dlm tempurung org2 sblm ada socmed. Pakcik bdk2 skang, makcik2 bawang skang bkn mcm zmn awal millennium atau 90an dulu. Zmn skang zmn tiktok, live insta story, fb live dll org x amik feel dulu2 la.
Skang org bnyk pilihan, x best tekan je remote, channel pun dah beratus, mcm2 bahasa dan bangsa. Pilih jek mana nk tngk. Xde sapa pedulik ko punya bakat laa. Kalo muka dah buruk bakat dahsyat mcm mana pun selera plak kitorg nk hadap hari2?
Aku pun tertanya2 juga besar sangat ke bakat pelakon2 melayu ni yg riuh kt socmed sbb xdpt job kt stesen TV tertentu?? Kalau korg sngt berbakat mustahil xde produksi perasan?! Kalau korg sngt berbakat kenapa xde produksi luar nk ambil korg berlakon? Patutnya dgn bakat yg hebat dah tentu korg boleh hidupkan apa saja karekter yg susah dan mampu pukau penonton dgn aura lakonan korg? Tp muka2 pelakon yg sama jugak yg tiap tahun merungut xde job, bayar an murah dll masalah kt dlm industri ni?
Dah tau benda ni jd masalah dah brp tahun dah korg merungut pun selesai ke masalah korg? Patut korg kongsi laa buat produksi sendiri ke atau korg cari funder yg kaya raya utk taja drama lakonan pelakon2 xde rupa dan x ramai followers tp berbakat.
anak muda bbnu berani buat lagu sendri.. mcm sufian suhaimi, ismail izzani, aina abdul, hakiem rusly..cmn diorg boleh berjaya dan kaya..
tp tula mungkin industri lakonan dan nyanyian berbeza penyiaran..
fungsinye kt penyiaran yg bermasalah… so pelakon2 boleh la cri duit melalui siaran lain..aspek yg lain..kena kreatif dan inovatif jgn harap kn penyiaran yg giler followers tu…
(bakat itu Anugerah Allah bg) (follower itu duit) renung2kan
Bukan creative industey je ade requirement now, semua field ade requirements sendiri. So you just gotta to move along brothers and begin relearning journey. Lu maju, job ade. Apa rugi? Cubalah dari kau memekak kat socmed.