fbpx

Amerul Affendi Idam Bawa Watak Lelaki Romantis

Dikenali ramai sebagai pelakon berbakat, berilah apa sahaja watak kepadanya pasti pelakon Amerul Affendi mampu membawanya dengan baik dan memberi kesan pada penonton.

Memetik Kosmo, Amerul berkata dia menaruh harapan untuk membawa watak sebagai lelaki romantis serta menyifatkan peranan tersebut mempunyai cabaran tersendiri.

BACA: “Elokla Semua IPT Tamatkan Kursus Lakonan, Tak Baik Scam Pelajar” – Amerul Affendi

Katanya lagi, penerbit atau pengarah masih teragak-agak menawarkannya naskah kisah cinta apatah lagi dia sudah sinonim dengan genre berat serta aksi.

“Sejujurnya saya teringin bawa cerita cinta sebab sepanjang 14 tahun terbabit dalam kerja lakonan, saya banyak buat watak hitam, lasak, komedi dan sebagainya, tetapi bukan figura romantik.

“Tentu saja saya mahu mencungkil sisi halus lain yang belum didedahkan sepenuhnya terutama membabitkan kisah hati dan perasaan.

“Saya sedar diri saya bukan jenis lelaki yang ‘charming’ atau romantik apatah lagi dengan wajah begini serta sikap yang tampak kasar. Jadi saya ingin cabar diri galas karakter ini.

“Barangkali pada mata penonton peranan romantik cukup mudah. Tetapi bagi saya itu sebagai ujian untuk menyerlahkan sisi berbeza daripada yang ditonjolkan sebelum ini,” katanya.

Pernah terbabit dalam sebuah drama kekeluargaan sebelum ini, Amerul berkata dari situ dia teruja untuk mencuba watak cinta namun belum ada rezeki buat dirinya.

“Drama itu sudah agak lama menyaksikan saya sebagai anak Datuk Rahim Razali yang dipaksa kahwin dengan seorang gadis sekampung. Naskhah itu lebih kepada kisah keluargaan, bukan cinta.

“Saya pun pernah tanyakan kepada beberapa pengarah, tetapi belum ada rezeki untuk buat watak sedemikian,” katanya.