fbpx

Pelakon dan penerbit, Datuk A. Aida berkata dia tidak kisah dikecam oleh netizen mahupun penggiat seni apabila kekal dengan pendirian paras rupa tetap menjadi elemen penting menjadi seorang pelakon.

Kenyataan Aida itu mendapat pelbagai respon daripada beberapa penggiat seni termasuk pelakon hebat berbakat besar, Amerul Affendi.

BACA: Nak Berlakon Bawah A. Aida, Wajib Ada Paras Rupa

Menerusi satu perkongsian di Twitter, Amerul mencadangkan kesemua institut pengajian awam dan swasta untuk menamatkan kesemua kursus lakonan disebabkan kenyataan penerbit drama itu.

Menurut Amerul, dia merasakan pelajar yang mengambil kursus lakonan seakan di scam susulan kriteria yang dinyatakan oleh penerbit itu dimana paras rupa yang menjadi keutamaan untuk bergelar pelakon.

“Jadi elok lah semua IPTA dan IPTS di seluruh Malaysia menamatkan semua kursus lakonan yang ada.. tak baik scam bakal2 pelajar yang bersungguh2 berhabis duit mencari ilmu..

“Kerana bila ahli lembaga pengarah Finas sudah keluar statement begini sudah tentu ramai yg ikut kan?” tulisnya.

Perkongsian Amerul itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan kenyataan pelakon itu. Kata netizen, tiada guna belajar tinggi-tinggi dalam bidang tersebut jika paras rupa yang lebih menjadi keutamaan dan ukuran untuk bergelar pelakon.