fbpx

Amelina Tak Malu Mengaku Pernah Jadi Gadis Kilang

Walaupun bergelar Ratu Dangdut Malaysia, penyanyi Amelina tidak pernah malu untuk mengakui bahawa dia pernah bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang 25 tahun lalu.

Menerusi Instagram, Amelina berkongsikan gambarnya di sebuah kilang di Nilai, Negeri Sembilan serta mengimbau kembali kenangan bekerja selepas tamat persekolahan. Ujar Amelina lagi, di tempat itu jugalah dia menimba banyak pengalaman serta belajar untuk hidup berdikari.

BACA: “Terkedu Anak Tanya Kisah Lama, Lama Saya Diam…”

“25 tahun lalu, disinilah Kaklong memulakan hidup sbg operator pengeluaran selepas tamat sekolah. Kilang ini adalah ruang Kaklong menimba seribu satu pengalaman, belajar erti berdikari.”

Katanya lagi, dengan pendapatan sebanyak RM450 sebulan yang diterimanya itu digunakan untuk membantu keluarga.

Amelina berkata, dia tidak peduli dengan cakap-cakap orang jika ada yang memperkatakan tentang pekerjaannya sebelum ini asalkan dia mencari rezeki yang halal.

“Kaklong tak pernah malu atau rendah diri menjadi gadis kilang dulu tau. Biarlah apa org nak kata yg penting Kaklong cari rezeki halal. Kt sini juga Kaklong mencari keyakinan utk mencuba menjadi anak seni. Alhamdulillah jalan itu dipermudahkan. Syukur!” tulisnya.