fbpx

“Terkedu Anak Tanya Kisah Lama, Lama Saya Diam…”

Sejak menyertai program realiti Gegar Vaganza 5, nama penyanyi Amelina kembali menjadi sebutan ramai dan kisah-kisah lamanya turut disebarkan kembali. Bagaimanapun, Amelina mengakui terkejut tentang artikel mengenai dirinya lebih-lebih lagi apabila anaknya bertanyakan tentang perkara tersebut.

Menerusi Instagram, Amelina berkongsikan gambar artikel tersebut serta memberitahu sebelum ini dia mengambil masa lama untuk menjelaskan kepada anak-anak tentang siapa dirinya yang sebenar.

“Terkedu sekejap bila salah seorang anak mengirimkan whatsapp artikel mengenai saya. Saya tak tahu nak jawab macam mana, nak respon apa. Lama saya diam sebelum membalas simbol senyum, ketawa dan muntah hijau sahajalah. Bila masuk GV5 ni banyak pula artikel mengenai saya di internet. Kisah lama, gosip dulu-dulu habis keluar semula.

“Sebelum ini lama juga saya ambil masa untuk jelaskan kepada anak-anak siapa diri saya yang sebenar. Amelina yang mereka kenal cuma seorang ibu, tak bekerja dan menjaga mereka setiap hari. Kantoinya apabila mereka terlihat video saya di youtube, gambar-gambar di internet. Susah nak jelaskan masa itu tapi bila saya buat kembali barulah mereka faham situasi dan keadaan,” tulisnya.

Kata Amelina lagi, sehingga kini anak-anaknya masih belum memahami sepenuhnya tentang kariernya sebagai seorang penyanyi, namun anak sulungnya yang kini berusia 17 tahun cuba untuk fahamkan adik-adiknya yang lain.

Amelina dan Reduan berkahwin pada 20 Mei 1999, pasangan itu dilaporkan bercerai pada 2014. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan enam cahaya mata iaitu Puteri Nur’ Athirah, 17, Putera Al’ Affiq, 16, Putera Al’ Asyraff, 15, Puteri Nur’ Asyurah, 13, Putera Al’ Arffa, 11 dan Putera Al’ Amzar, 8 tahun.