fbpx

Amelina Dedah Ditinggal Sehelai Sepinggang Selepas Cerai

Hampir lima tahun merahsiakan status dirinya, penyanyi dangdut popular, Amelina akhirnya berkongsi kisah perceraiannya dan mengakui sudah berpisah dengan suami, Reduan Mahamood, sejak Jun 2016 selepas 17 tahun berumah tangga.

Menerusi perkongsian di Instagram, Amelina bersyukur peguamnya memudahkan urusan perceraian tanpa sebarang kekecohan. Amelina turut berterima kasih kepada Liza iaitu isteri penyanyi, Ajai, yang banyak membantu sepanjang proses itu.

BACA: Amelina Tak Malu Mengaku Pernah Jadi Gadis Kilang

“Ramai tidak tahu bila saya bercerai. Memang saya meminta pada peguam untuk tidak menghebahkan berita ini. Alhamdulillah, peguam saya sangat membantu. Pejam celik, kes cerai saya sudah selesai. Saya tidak sangka secepat itu, mungkin disebabkan doa saya sebagai insan teraniaya.

“Iyalah, perceraian bukanlah suatu perkongsian yang menggembirakan. Berita ini boleh membuatkan kita sedih, apatah lagi apabila ibu tunggal dipandang rendah,” katanya.

View this post on Instagram

THROWBACK sikit, ramai yg nak tahu bila tarikh perkahwinan kaklong dan bila kaklong berstatus Janda Anak Enam ni atau ramai yg gelarkan kan kaklong JA6 ?. Sebab perceraian kaklong tidak kecoh kerana lawyer kaklong menguruskan dgn baik iaitu @rizz2612 bagi kaklong dia yg sgt terbaik dlm.mengendalikan kes kaklong.. dan masa tu kaklong dibantu oleh kakak comel saya @mrsajai75 dan adik kaklong @mr.joe77 dan juga mak kaklong serta adik bongsu kaklong yg sentiasa disisi. Terima kasih tidak terhingga kepada pihak mahkamah tinggi syariah seremban sgt2 membantu kaklong pada masa itu.? Kaklong berkahwin 26hb April 1999 dan perkahwinan kaklong berakhir 29hb June 2016. Pejam celik pejam celik dah 5 tahun sudah kaklong single dan bergelar ibu tunggal. Awalnya kaklong rasa kemurungan , amat sedih dan hilang keyakinan diri. Adakah kaklong mampu dlm usia yg senja ni menanggung dan mencari rezeki untuk 6 org ank2 yg sedang membesar. Tetapi kaklong ingat dan yakin satu adalah golongan ibu tunggal ni sangat di pandang tinggi dlm masyarakat dan agama. BUKTI nya kaklong sentiasa disayangi dan apa yg kaklong buat tuk mencari rezeki sentiasa mudah dan di permudahkan. Yang penting kena pandai jaga diri..sedar diri sedar ruang..always humble..jangan berhasad dengki malah beri aura positif pada orang sekeliling…bahagiakan org yg menyayangi kita… dan kita kena yg yakin kita di dlm golongan yg sentiasa dilindungan ALLAH. YANG BAIK DIJADIKA TAULADAN YG BURUK JADIKAN SEMPADAN. SEMOGA ALLAH MEMPERMUDAHKAN URUSAN KAKLONG DAN KELUARGA. AMIN… #stayhome

A post shared by AMELINA AMIR (@amelinaamirsharipuddin) on

Amelina berkongsikan, lima tahun yang diharungi sebagai ibu tunggal bukanlah mudah. Amelina mengamalkan budaya berjimat cermat untuk membesarkan semua anak-anaknya, apatah lagi dia bercerai tanpa mempunyai sebarang harta dan hanya sehelai sepinggang.

“Tipulah saya tak bersedih dengan keadaan saya. Jujurnya selepas bercerai, saya rasa dugaan hidup saya amat berat apabila kembali kepada ‘sifar’. Saya bercerai tanpa ada harta, sehelai sepinggang dengan anak-anak semua di bawah jagaan saya. Ketika itu, semuanya masih bersekolah.

“Apa yang paling saya risau adalah anak-anak. Bolehkah saya menyara anak-anak dalam usia saya yang lanjut ini. Dahulu, 20 tahun lalu, iyalah saya kaya-raya. Tetapi selepas 15 tahun menyepi daripada dunia seni, saya tiada satu sen pun.

“Tapi, Alhamdulillah, Allah Maha Mengetahui. Dengan doa yang tidak putus saya panjatkan kepada Allah, semuanya dipermudahkan dan rezeki kami sentiasa ada,” katanya.

Amelina berkahwin dengan Reduan pada 26 April 1999 dan bercerai pada 29 Jun 2016. Hasil perkahwinannya dengan Reduan, pasangan itu dikurniakan enam orang cahaya mata.