fbpx

Amelina Belum Bertudung Dek Kewangan Tidak Stabil

Sejak membuat kemunculan semual dalam dunia hiburan beberapa bulan yang lalu, Amelina nampaknya semakin aktif mempromosikan diri untuk terus relevan dalam industri sekarang dan usahanya nampak membuahkan hasil selepas dilantik menjadi duta rasmi salah satu produk Astro.

Dalam pada itu, ramai peminat yang menyarakan supaya penyanyi yang popular dengan irama dangdut ini untuk segera berubah dan menutup aurat kerana usia yang sudah semakin tua. Amelina punya sebab sendiri untuk kekal dengan imej sekarang.

BACA: RM15,000 Untuk Lihat Amelina Buat Persembahan Pentas?

“Ramai yang bertanya kenapa saya tidak bertudung lagi sedangkan ramai artis dangdut yang seangkatan saya sudah pun berhijab. Bagi saya mereka yang berhijab itu kebanyakannya sudah stabil dan tidak perlu cari makan lagi dalam industri, sedangkan kedudukan saya belum stabil lagi”

“Namun saya minta mereka doakan saya untuk berubah ke arah itu,” ujar Amelina kepada mStar Online baru baru ini berhubung komen para peminat itu.

Dalam kenyataan sama, Amelina turut berkata yang beliau tidak menggalakkan enam orang anak anak beliau untuk terlibat dengan dunia seni mahu pun terlalu terdedah dengan media. (rtky/m)