fbpx

Amelia Henderson Tak Pandai Masak, Aedy Ashraf Tampil Back Up

Baru-baru ini tular video memaparkan pelakon Amelia Henderson dilihat kekok ketika memotong cili dalam sebuah program sehingga dikritik oleh netizen.

Susulan itu, Amelia dilihat ada memuat naik status di X mempersoalkan adakah masih ramai yang percaya bahawa nilai wanita itu berkurang hanya kerana tidak pandai memasak.

BACA: Aedy Ashraf Akui Amelia Henderson Wanita Paling Istimewa

Perkongsian Amelia itu mendapat reaksi daripada pelakon Aedy Ashraf seakan mempertahankan aktres tersebut. Aedy mengatakan tiada masalah buat dirinya kerana dia pandai memasak.

Sementara itu, kakak Aedy iaitu Nor Hidayah turut mempertahankan Amelia dengan mengatakan dia mempunyai thermomix, iaitu alat masak yang digunakan untuk mencampur dan memanaskan makanan.

Dalam pada itu, rata-rata netizen memberikan sokongan kepada Amelia serta mengatakan skill memasak boleh belajar selepas mendirikan mendirikan rumah tangga.