Teka-teki mengenai hubungan pelakon Aedy Ashraf dan Amelia Henderson terjawab apabila pasangan itu kembali menjalin hubungan cinta.
Memetik Harian Metro, Aedy menyifatkan Amelia wanita paling istimewa di hatinya dan berharap hubungan mereka akan lebih serius.
BACA: Amelia Henderson Bagi Hint Sudah Berpisah Dengan Aedy Ashraf?
“Amelia sangat-sangat baik, kami pun sangat rapat dan sudah kenal lebih dua tahun. Saya tak tahu dia, tapi saya sangat serius mengenai hubungan ini.
“Ya sangat selesa. Sebelum ini pun kami pernah jadi teman istimewa dan senang cerita, kami kembali bersamalah,” katanya.
Bagaimanapun, Aedy tidak mahu peminat meletakkan harapan kerana bimbang ia tidak menjadi seperti yang diharapkan.
“Saya tak nak buat sesuatu kerana mereka (peminat). Hal ini jadi sebab kami betul-betul mengenali sesama sendiri dengan cara yang betullah.
“Tapi tak salah pun untuk mereka berharap dan kalau tak jadi, jangan sedih atau apalah. Kami buat yang terbaiklah untuk diri kami masing-masing,” katanya.
Dalam pada itu, Amelia berkata Aedy sentiasa berada disisinya dan dia berdoa agar hubungan mereka akan kekal biarpun sebagai rakan karib.
“Saya memang akan sentiasa menjadi peminat terbesar Aedy. Saya harap apa-apapun, kami akan kekalkan hubungan antara kami selama-lamanya.
“Ini kerana, dia sentiasa ada untuk saya, begitu juga saya untuk dia. Terus-terang, itupun sudah cukup untuk kita harapkan daripada kawan-kawan yang kita ada,” katanya.
Terdahulu, hangat diperkatakan apabila Amelia dan Aedy memuat naik perkongsian seperti patah hati sekali gus mengundang spekulasi ramai bahawa mereka sudah berpisah.