fbpx

Amelia Handerson Tak Peduli Dilabel Pelat & Seksi

Enggan ambil peduli dengan persoalan pelat Bahasa Melayu dan isu seksi, pelakon Amelia Handerson berkata perkara itu sering dikaitkan dengannya sejak dulu lagi.

Ujarnya, isu itu sudah lama dikaitkan dirinya sejak mula-mula dia menceburkan diri dalam industri hiuran dan apa yang diperkatakan netizen sudah biasa buat dirinya.

BACA: Amelia Henderson Bidas Lelaki Bandingkannya Dengan Wany Hasrita

“Saya memang tak peduli sangat apa yang orang nak kata mengenai saya, terutama membabitkan dua perkara iaitu pelat dan seksi sebab memang takkan pernah jauh dari dalam diri.

“Ia sudah sangat biasa pun. Jadi, kalau masih ramai lagi yang rasa saya tetap seksi. Terima kasih,” katanya kepada Harian Metro.

Mengulas tahap penguasaan bahasa Melayu, Amelia berkata dia sudah semakin fasih. Ujarnya lagi, dia sudah banyak berlakon drama Melayu dan yakin sudah fasih.

“Kadang-kadang, saya sebenarnya rasa tak puas hati juga apabila sering ditanya mengenai pelat bahasa Melayu ini. Bagi saya, tahap percakapan ketika ini sudah makin baik dan fasih.

“Ditambah lagi, saya pun sudah banyak berlakon drama Melayu. Bahkan, sebenarnya ketika di belakang tabir pun saya selalu belajar betulkan sebutan bahasa Melayu.

“Apapun, sekarang pelat sebutan rasanya sudah tak ada sebab saya kini terima banyak juga projek berlakon yang skrip dalam bahasa Melayu sepenuhnya. Jadi, saya sendiri yakin sudah fasih,” katanya.