Perkongsian pempengaruh media sosial, Ameera Khan menjadi perhatian ramai apabila memperkenalkan jenama Chocotub.
Menerusi perkongsian di Instagram, Ameera memuat naik gambar bersama produk terbarunya dengan pembungkusan berwarna merah jambu.
BACA: “Jantan Semua Tak Guna” – Ameera Khan Berseloroh Jadi Perhatian

Dalam hantaran itu, Ameera memaklumkan Chocotub keluarannya itu akan mula dijual pada Jumaat ini.
“Teka siapa kembali. Lmk Chocotub jumaat ini,” tulisnya.
Diruangan komen, rata-rata netizen teruja untuk mendapatkan coklat balang yang dijual oleh pempengaruh itu. Tidak kurang juga, ada yang tertanya-tanya berapa harga yang akan dikenakan pada Chocotub yang akan dijual itu.
