fbpx

Ameer Forteen Dedah Kekasih

Kalau semalam salah seorang ahli kumpulan Forteen, Izzue Islam sah bergelar suami kini giliran Ameer pula dedahkan kekasihnya yang dikenali sejak tiga tahun lalu.

Hadir dengan warna baju yang sama menguatkan lagi dakwaan kami bahawa gadis comel yang disebelahnya itu memang kekasihnya.

“Pada mulanya saya tak terfikir pun nak hebohkan kepada pihak media tapi dah terlanjur datang sama dan ramai dah tengok saya tiada masalah untuk berkongsi.”

Menurut Amier, gadis bertuah yang dikenali sebagai Azwin Ayub,24, merupakan anak jati Kuala Lumpur dan baru sahaja menamatkan pengajian dalam bidang American Studies di Segi College, Damansara.

Jejaka tinggi lampai ini yang mula berjinak-jinak di dalam bidang lakonan dengan telemovie pertamanya “Permata Hatiku” bergandingan bersama Elfira Loy walaubagaimanapun masih belum bersedia untuk menamatkan zaman bujang di waktu yang terdekat ini kerana mahu mengukuhkan kerjaya seninya terdahulu.