Amar Asyraf Kahwin Kali Ketiga?
Belum reda tentang berita perceraian talak tiga membabitkan Amar Asyraf dan isteri keduanya, terbaru pelakon itu dikatakan berkahwin kali ketiga dengan wanita bernama Farhana Yusof.
Memetik laporan Harian Metro, berdasarkan sekeping foto dipercayai dari laman Instagram ibu Amar pada Mac lalu, sekeping foto memaparkan pelakon itu dengan wanita yang didakwa sudah mempunyai dua anak memakai busana putih.
BACA: Amar Asyraf, Isteri Kedua Sah Bercerai Talak Tiga
Lebih menguatkan spekulasi, tinjauan ke akaun Instagram dikatakan milik salah seorang adik-beradik Farhana terdapat foto keluarga ketika mereka menyambut Aidilfitri baru-baru ini.
Foto tersebut memaparkan Amar berada di sebelah Farhana manakala dua anaknya hasil perkahwinan dengan isteri pertama, Arna Salleh iaitu Muhammad Taufik dan Ammara Dian turut berada dalam foto itu.
Tinjauan di akaun Instagram Amar, pelakon itu turut mengikuti akaun Farhana selain mereka juga dikatakan sedang menjalankan sebuah perniagaan bersama.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan kesahihan mengenai perkara itu kerana masih belum disahkan oleh Amar apabila dia tidak membalas mesej dan menjawab panggilan telefon daripada Harian Metro.
- SUMBER
- Harian Metro
Maap dia ni sape ehhh??? Mampooss hidup balik aku tak kenal.
Siapa ? Whos la u ols dok up ni ??
Cuma tau main je nak puas kan nafsu, tapi tak tau erti perkahwinan dan tanggungjawab sebab tu ramai melayu cerai
murahan betul erk perempuan sekarang x kisah ye amik laki org…hmmm
jantan paling takguna.time susah nk lepaskn diri dri bini no 2 mintak tlong binii pertama.nk lari dr betina ke 3 yg tk jd kawin semua bini tolong bekap.alih2 kawin balik ke 3 dgn yg lain.setannn
Betina + Tudung = ?????
LOL macam tak biasa, kalau dah balut kain lap kaki atas kepala…….HAHAHAHAHA