fbpx

Alya Iman Sedih Apabila Digelar Perempuan Murahan

Masih hangat diperkatakan mengenai kontroversi terpalit dirinya dengan bekas kekasih yang berstatus suami orang, pelakon baru Alya Iman akui sedih apabila ada segelintir netizen menggelar dirinya sebagai perempuan murahan.

Menurut Alya, dia kini bekerja sebagai Eksekutif Komunikasi Korporat untuk menyara kehidupan dan bukan hanya bergantung dengan pendapatan berlakon serta sebagai model sahaja. Ujarnya lagi, dia mula bekerja sejak Jun lalu dan kekasihnya, Ridhwan Rosli merupakan rakan sekerjanya.

BACA: Alya Iman Nafi Kikis Wang RM2.3 Juta Daripada Bekas Kekasih

“Saya sedih apabila ramai mengatakan kehidupan saya seolah-olah perempuan murahan dan tidak mempunyai kehidupan yang normal.

“Sekarang Alhamdulillah selain berlakon dan modelling saya bekerja di pejabat. Saya mula kerja di situ pada bulan Jun dan Ridhwan juga merupakan rakan sekerja saya.

“Saya perlu minta kebenaran dulu untuk cuti berlakon atau modelling. Saya bersyukur ada rakan sekerja yang sentiasa menyokong. Lebih-lebih lagi dengan kontroversi yang melanda,” katanya kepada Gempak.

Anak kepada kepada pelakon legenda Allahyarham Azmil Mustapha itu berkata dia percaya apa yang berlaku ini ada hikmah di sebaliknya. Namun, Alya akui bimbang jika kontroversi itu memberi kesan pada kerjaya sebagai pelakon.

“Saya percaya semua ni ada hikmahnya. Cuma saya khuatir kalau ini boleh jejaskan rezeki saya dalam lakonan dan modelling.

“Alhamdulillah, setakat ini belum ada tawaran berlakon atau modelling ditarik disebabkan kontroversi ini,” katanya lagi.