fbpx

Alya Iman Menangis Rindu Sangat Nak Berlakon

Tidak dinafikan ramai penggiat seni rindu untuk kembali ke set penggambaran selepas sekian lama aktiviti seni terpaksa dihentikan berikutan pandemik Covid-19.

Pelakon Alya Iman juga tidak terkecuali apabila berkongsikan dia mengakui sangat rindu untuk berlakon dan sering menangis. Bagaimanapun, dia menolak tepi perasaannya itu serta kekal positif.

BACA: Lemah & Sakit Badan, Kekasih Sahkan Alya Iman Hidap Demam Denggi

“Hati ini sangat sedih rindu nak masut set pengambaran. ingat lagi ke tak ni nak berlakon.

“Kadang-kadang terdiam tengok dinding menangis je tapi tak boleh menangis lama-lama kena cuba dan jadi positif. Insya-Allah kita boleh lawan semua ini,” tulisnya.

Menerusi perkongsian di Instagram itu, Alya yang juga anak kepada pelakon popular, Allahyarham Azmil Mustapha turut berkongsikan sedutan drama terbaru lakonannya, Seram Tak Seram yang dirakam sebelum PKP 3.0 dilaksanakan.