Kekasih pelakon Alya Iman iaitu usahawan Ridhwan Rosli memaklumkan kekasihnya telah disahkan menghidap demam denggi semalam. Menurut Ridhwan, Alya mengadu tidak sihat sejak berada di pejabat.

Ridhwan berkata, Alya perlu melakukan ujian saringan COVID-19 dan perlu menjalani tempoh kuarantin sekurang-kurangnya 48 jam sebelum boleh dimasukkan ke wad.

BACA: Alya Iman Akui Bahasa Melayu Teruk, Lebih Selesa Berbahasa Inggeris

Kata Ridhwan lagi, kekasihnya itu berada dalam keadaan lemah ketika ini dan alami sakit-sakit badan, namun percaya pelakon tersebut sedang dirawat dengan sebaiknya. Menerusi Insta Story, Ridhwan turut memuat naik foto Alya terlantar di atas katil hospital.

Sementara itu, Alya menerusi Insta Story turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang prihatin dan menitipkan doa untuk kesembuhan dirinya.