fbpx

Alya Iman Dah Putus Dengan Duda Anak Dua

Hanya mampu bertahan dua tahun sahaja, hubungan cinta pelakon Alya Iman dengan duda anak dua iaitu Ridhwan Rosli sudah pun berakhir.

Memetik Harian Metro, Alya bagaimanapun berkata dia masih menjalin hubungan baik serta bersahabat dengan bekas kekasihnya itu.

BACA: Alya Iman Menangis Rindu Sangat Nak Berlakon

“Ya saya ‘single’ dan saya tak ada kena mengena dengan Ridhwan lagi. Namun, kami masih kekal berkawan baik.

“Tapi saya ‘not available’, bukan sebab dah ada pengganti baru tapi saya nak fokus karier seni dan tak ada pun rasa nak ada hubungan cinta. Saya dan Ridhwan berpisah sejak Ramadan lalu. kami kekal bersahabat dan kalau ada jodoh, tak ke mana,” katanya.

Terdahulu, nama anak kepada pelakon popular, Allahyarham Azmil Mustapha itu menjadi bualan ramai apabila didakwa bertunang dengan seorang ahli perniagaan berstatus suami orang.

Bagaimanapun, Alya memutuskan perhubungan dan pertunangan itu apabila kehadirannya tidak diketahui dan dipersetujui isteri bekas tunangnya itu.

Kemudian, Alya menjalin hubungan cinta dengan Ridhwan sekitar 2020. Meskipun perkara itu sudah lama berlalu, Alya berkata dia masih menerima kata-kata negatif daripada netizen.

“Sampai ke hari ini, orang masih cakap buruk mengenai diri saya. Masih ada yang panggil saya dengan macam-macam gelaran dan saya tak ada kuasa untuk menghalang orang cakap apa-apa. Sebagai selebriti saya kena hadap apa saja netizen nak cakap.

“Saya terima dengan hati terbuka. Saya selalu cakap pada diri, benda dah jadi. Setiap apa yang jadi, ada hikmah. Apa saja orang nak cakap pasal saya, Insya-Allah saya terima,” katanya.