fbpx

Alvin Chong Tak Kisah Emma Maembong Unfollow Di Instagram

Pasti ramai tahu bahawa pelakon dan penyanyi Alvin Chong bersahabat baik dengan Emma Maembong. Bagaimanapun, baru-baru ini hangat diperkatakan apabila Emma tidak lagi mengikuti Alvin di laman Instagram.

Tampil menjelaskan mengenai spekulasi itu, Alvin mengatakan bahawa Emma sudah lama unfollow semua orang di Instagram dan baginya itu adalah hak Emma untuk berbuat demikian. Ujarnya lagi, persahabatan tidak sepatutnya dinilai melalui laman sosial semata-mata.

BACA: Peminat Minta Alvin Chong Nasihat Emma Maembong

“Emma memang dah lama unfollow semua orang, bagi saya itu adalah haknya. Persahabatan saya dan Emma tidak boleh di ambil kira berdasarkan laman sosial.

“Suka hatilah nak follow atau tidak seseorang itu di Instagram kerana persahabatan tidak harus dinilai melalui laman sosial,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Alvin berkata dia dan Emma baik-baik sahaja dan berhubung seperti biasa sebagai rakan meskipun sudah berkahwin. Alvin berkata lagi tidak bermakna jika Emma tidak mengikutinya di Instagram bermaksud mereka tak berkawan.

“Kami ada sahaja berhubung seperti biasa sebagai rakan, apa yang dia nak buat dalam talian adalah haknya. Tak semestinya kami tidak berkawan kalau dia tak follow saya pun,” katanya.