Berita ini baru sahaja kami terima & ia’nya berkuatkuasa serta merta.

Altimet baru sahaja di’lantik sebagai Pengarah Eksekutif untuk Kartel Records berkuatkuasa malam ini. Katanya.

Kartel Records adalah tempat bernaungnya barisan artis hip hop seperti Ila Damiaa, Sona One, DJ Nas-T selain Joe Flizzow & Altimet sendiri.

Kami tidak pasti apakah jawatan terakhir Altimet di Kartel Records namun pertemuan terakhir kami minggu lepas tidak berkisar tentang jawatan baru beliau.

Kad perniagaan yang kami terima tertulis jawatan A&R Coordinator yang menurut pemilik nama sebenar Ahmad Alhadad merupakan kad lama.

Ini merupakan double celebrations buat Altimet selepas video muzik beliau untuk Kotarayaku tercalon dalam Top 5 Video Muzik Terbaik untuk Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM 18).

Tahniah & tahniah dari kami di Rotikaya HQ atas pelantikan sebagai Pengarah Eksekutif Kartel Records dan nominasi dalam AIM 18. Salute! via Aman Firdaus