Almy Nadia Tertekan, Fizz Fairuz Sakit Misteri Lepas Balik Shooting
Menerusi satu perkongsian di Instagram, pelakon Datin Almy Nadia meluahkan rasa sedih apabila suaminya, Dato Fizz Fairuz diserang sakit misteri selepas balik dari penggambaran sebuah cerita seram.
Menurut Almy, suaminya berubah apabila dilihat sering termenung, kurus kering kerana tidak makan dan tidak minum selama dua minggu.
BACA: Fizz Fairuz, Almy Nadia Nak Bantu Beli Produk Makanan Artis Yang Terjejas
View this post on Instagram
“Memamg pasal kau,laki aku kurus kering sakit tau..balik dari shooting cerita ni la, suami kami di landa sakit misteri sampai tak makan tak minum 2 minggu.
“Sampai di serang sakit gastric tau, walaupun dah berubat tapi bekas sisa baki tu masih ada yer,” tulisnya.
Dalam pada itu, Almy berkata suaminya sudah berubat namun masih ada saki baki gangguan dan bukan mudah untuk pulih. Ujarnya lagi, suaminya kini tidak lagi cerita seperti dahulu.
“Sekarang dah pulih tapi masih suami kami dilanda sakit termenung,moody, sakit, susah senyum dan tak ceria macam dulu… disebabkan cerita ni la.
“Realitinya aku sekarang tengah tekanan dan jadi sedih, sebab suami aku yang dulunya ceria, happy ja,tapi sekarang sakit tau… tekanan… nak pulihkan sakit dia bukan senang,” tulisnya.
Sebelum ini, Almy memaklumkan suaminya dimasukkan ke hospital selepas tidak makan dan minum selama dua minggu sehingga mengalami penyakit gastrik yang agak teruk.
Almy Nadia nak salahkan siapa ni??? n kenapa dia cakap “suami kami”? Dia share suami dgn pompuan mana?
Moga pulih sakit fizz, semua yang membaca ni dan ahli keluarga
Eton , ada org penang guna ‘kami ‘ ganti nama saya or aku
@Kita
Okay faham.
LAWAK pulak ku baca soalan ko eton
Orang Penang ”kami” tu saya