Sering dikritik gara-gara bentuk badannya yang berisi berbanding ketika zaman anak dara, pelakon Almy Nadia nekad untuk menguruskan badan dan menjaga pemakanan sebaik saja bersalin anak ketika baru-baru ini.

Menerusi Instagram Almy memberitahu susu badan berkurang selepas berpantang secara sihat. Bagaimanapun, bukan itu yang menjadi perhatian tetapi kepsyennya itu seakan menyalahkan netizen.


BACA: Fizz Fairuz, Almy Nadia Bersyukur Anak Selamat


“Potong gula, potong garam, potong minyak, semua potong lantak,last-last susu drop. Hampa semua nak sangat aku kuruskan. Ambik kau orang semua. Mampos lantak.”



Bagaimanapun, kepsyen Almy Nadia itu dihentam oleh netizen yang beranggapan pelakon itu dalam keadaan tertekan dan terlalu memikirkan kritikan negatif terhadap dirinya.

Kata netizen lagi, apa yang penting adalah kesihatan diri serta anak dan jangan ambil peduli dengan cakap-cakap orang.  Sebelum ini, Almy ada memuat naik gambar berserta kepsyen yang menjadi bualan ramai dimana dia memberitahu perlu teruskan misi kurus untuk ditujukkan pada mata-mata dan hati jahanam.