fbpx

Almy Nadia: Fikir Sendirilah Sekarang Ini Siapa Yang Ada Orang Lain

Sekarang ini, obviously Fizz Fairuz yang mempunyai orang lain dalam hidup beliau namun apa yang terjadi sekarang ini jelas aktor ini memang memiliki kekasih selain Almy Nadia.

Selepas meraih kemenangan di Anugerah Bintang Popular tahun lalu, Fizz Fairuz memasang niat untuk mengahwini Almy Nadia namun tidak sampai setahun, semuanya berubah 360°.

Fizz Fairuz di’laporkan telah bertunang dengan seorang gadis bernama Azlyn Massiela Mohd Nazar di Kuantan, Pahang secara senyap senyap hujung minggu lalu. Apa cerita?

Almy Nadia dalam satu kenyataan kepada Harian Metro hari ini berkata yang beliau enggan mengulas lanjut tentang isu pertunangan Fizz Fairuz ini sebelum aktor itu memberikan penjelasan kepada media.

“Pergi tanya Fizz dulu, kita tengok apa jawapan dia. Kalau dia buka mulut, saya juga sudah bersedia dengan jawapan saya. Berani kerana benar, takut kerana salah”

“Sepanjang bergelar anak seni, saya tidak pernah menimbulkan sebarang kontroversi dan fikirkanlah. Sekarang ini siapa yang bertunang dan siapa yang ada orang lain”

“Saya tak mampu nak gambarkan dengan kata-kata selepas mendapat tahu tentang pertunangan itu. Lebih baik tanya Fizz dan keluarganya,” jelas Almy Nadia yang di’hubungi.