Umum mengetahui, pelakon Datin Almy Nadia sangat aktif membuat ulasan makanan di Instagram miliknya. Bagaimanapun, Almy meluahkan rasa bengang apabila menerima kata-kata kesat daripada seorang netizen.
Menggelarnya seorang yang pelahap, malah netizen itu mengaitkan keguguran yang dialaminya itu akibat daripada caranya membuat ulasan makanan. Individu itu turut mengkritik ada ke orang yang menonton video ulasannya itu.
BACA: Dua Kali Keguguran, Almy Nadia Diminta Henti Buat Ulasan Makanan
“Ada ke orang tengok kau melahap makanan-makanan sampai sembilan minit kat IGTV tu? Review makanan memang kena tunjuk kau makan sampai habis berpuluh-puluh balang tu ke? Patutu gugur banyak kali! Semua membantai saja. Haha.. Dasar pelahap!”
Susulan itu, Almy berkata kata-kata negatif netizen membuatkan dia berasa tertekan sehingga menganggu fokusnya terhadap kerja. Ujarnya, sebelum ini dia tidak kisah mengenai kecaman netizen, namun kali ini mengaitkan dengan isu anak.
Dalam pada itu, suaminya Datuk Fizz Fairuz memuat naik status mengatakan bahawa dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan.
Selepas berdepan keguguran kali kedua dalam tempoh beberapa bulan, netizen mencadangkan agar Almy berhenti membuat ulasan produk makanan di Instagram. Bagaimanapun, Almy menafikan perkara itu menjadi punca dia keguguran dan akan meneruskan selepas kembali sihat.