fbpx

“Allah Uji Kita Dengan PKP, Jagalah Mulut & Jari”

Tidak dinafikan ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati dan kecewa apabila tidak dapat pulang ke kampung untuk menyambut hari raya susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perkata itu turut mendapat perhatian Pencetus Ummah (PU) Azman yang menasihatkan netizen supaya menjaga mulut dan jari setiap kali meninggalkan sebarang komen.

BACA: PU Azman Dikecam Buat Akaun TikTok

PU Azman berkata sepatutnya kita bersabar dalam berdepan dengan ujian terpaksa berhari raya dalam keadaan sedih dan berjauhan dengan keluarga.

“Allah SWT menguji kita dengan apa yang berlaku di Palestin. Allah SWT juga uji kita dengan isu PKP. Cik Man sendiri cuba didik diri untuk jaga mulut dan jari ketika menaip. Allahuakbar. Moga kata-kata ini dapat memberikan suntikan positif kepada semua,” tulisnya.

Menerusi satu perkongsian di Instagram itu, PU Azman turut berkongsi sepotong hadis Nabi serta menjelaskan di ruangan komen bahawa dia cuba untuk menulis kenyataan yang tidak menimbulkan provokasi.

“Saya bukanlah orang baik sangat. Tapi saya cuba pastikan setiap post di IG tidak menimbulkan punca provokasi, pergaduhan dan batu api sesama manusia.

“Bahkan boleh menjadi inspirasi ilmu dan ruang tenang untuk semua rakyat malaysia atau sesiapa yang singgah di IG ini,”katanya.

Terdahulu, PU Azman ada memuat naik status di Insta Story memujuk netizen supaya bersabar dengan ujian tidak dapat balik beraya.