Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed menegur tindakan artis dan bekas tunangnya supaya berhenti membuka aib masing-masing di media sosial.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, PU Syed berkata, Allah telah menutup aib hambaNya namun mereka sendiri memilih untuk mendedahkannya kepada umum.
BACA: PU Syed Mohon Maaf, Tak Halang Caprice Ingin Dedahkan Rahsianya
“Nasihat saya kepada artis dan bekas tunangnya yang VIP tu, cukup-cukuplah saling mendedahkan keaiban masing-masing sampai segala perkara aib kalian dikongsi kepada umum.
“Allah menutup aib seseorang hambaNya sehinggalah manusia itu sendiri membuka aib mereka,” tulisnya.
Dalam pada itu, PU Syed berkata cukuplah netizen melihat kisah percintaan pasangan tersebut dengan pergaulan bebas.
PU Syed turut menitipkan pesanan buat pasangan tersebut supaya meneruskan kehidupan seperti biasa serta bertaubat kepada Allah.
“Cukuplah netizen dihidang dengan gaya haram pergaulan bebas kalian semasa seronok bercinta dulu.. kini janganlah netizen dihidangkan pula dengan rahsia yang tak sudah-sudah didedah saban hari. Teruskanlah hidup kalian, dan bertaubatlah kepada Allah Azzawajjal,” tulisnya.