Untung sungguhlah Fazura kerana mempunyai suami yang sangat penyayang malah pasangan romantis ini dilihat tidak pernah lekang dengan aksi manis di laman sosial. Baru-baru ini melalui satu muatnaik gambar di Instagram, Fattah Amin menyuarakan rasa syukurnya kerana memperisterikan Fazura.
BACA: 4 Keistimewaan Fattah Amin Di Mata Fazura
Dalam perkongsiannya itu, Fattah menjelaskan bahawa dia merasa sungguh bertuah kerana terlalu banyak perkara yang perlu dilaluinya sepanjang tahun 2017 yang memberikan impak positif.
Paling membahagiakan saya ialah Allah telah menemukan saya dengan jodoh dunia akhirat, jodoh yang terbaik untuk saya, @missfazura. We are not perfect, but our love for each other makes up for our imperfection”
“Saya sangat bersyukur kerana ditakdirkan dapat mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita yang ayu namun berani, seorang wanita yang anggun namun bersahaja, seorang wanita yang lemah lembut namun cekal. Saya sangat berterima kasih dan terharu atas semua #doayangbaikbaik banyak pihak sehingga kami dipertemukan,” jelas Fattah.
Apa yang pasti, luahan hati Fattah tersebut mendapat reaksi positif rata-rata peminatnya di laman sosial selain mengharapkan yang terbaik buat Fattah untuk tahun baru ini. (rtky/s)