Pelakon Nur Fazura berkata meluahkan rasa syukur hasratnya mengekalkan hubungan baik dengan bekas suami, Fattah Amin menapat reaksi positif dari peminat.

Memetik Media Hiburan, Fazura berkata apa yang menjadi keutamaan adalah anak tunggal mereka, Nur Fatima. 

BACA: Patimah Ismail Titip Pesan Mohon Jangan Ganggu Kebahagiaan Fazura & Que Haidar

“Alhamdulillah, yang penting sekali Allah tahu niat saya. Kepentingan ketika ini adalah Fatima. Dia pun sudah nak masuk usia enam tahun. Jadi, kami sepakat untuk fokus pada Fatima. Itu sahaja,” katanya.

Sementara itu, Fazura turut berkongsikan mengenai perkembangannya yang kini sibuk menguruskan perniagaan selepas bersara dari berlakon drama.

“Saya kini sibuk bekerja, cari rezeki besarkan anak dan kembangkan bisnes. Saya sudah bersara daripada berlakon drama manakala filem pula, kita tunggu perkembangan selanjutnya. Jika ada rezeki, kita akan buat pengumuman tidak lama lagi,” katanya.

Sumber: Media Hiburan

×