Bekas suami kepada Marissa Dania iaitu Aslam berkata dia menerima keputusan mahkamah dengan hati terbuka apabila rumah tangga mereka sudah berakhir.

Memetik Astro Gempak, Aslam berkata dia berharap ianya menjadi pengakhiran terbaik buat kedua-dua pihak selepas melalui semua perbicaraan.

BACA: Masih Tiada Sijil Nikah, Abby Abadi Harap Aslam Dikenakan Tindakan

“Bismillah. Saya pun tak banyak benda nak cakap, saya harap keputusan mahkamah kali ini, atas semua perbicaraan yang kita telah lalui, saya harap ini adalah terbaik untuk kami berdua,” katanya.

Sementara itu, Aslam turut berharap tiada lagi cerita buruk mahupun negatif kerana ianya turut melibatkan isterinya, Misya serta anak-anak.

“Alhamdulillah, Allah sudah tetapkan keputusan. Insya-Allah ini yang terbaik untuk kami. Saya juga mohon orang ramai tidak lagi berkata buruk atau negatif kerana perkara ini turut melibatkan isteri saya, Umisya serta anak-anak.

“Saya minta supaya tiada lagi perkara negatif timbul selepas ini. Biarlah semuanya berakhir dengan baik,” katanya.

Sumber: Astro Gempak

×