fbpx

Aliff Syukri Trauma 5 Jam Disiasat SKMM

Bulan lalu, hangat diperkatakan mengenai MV lagu raya Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Kelepuk Raya yang dikecam ramai sehingga dipanggil oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).

Memetik Astro Gempak, Aliff mengakui trauma berdepan kontroversi tersebut dan isu berkenaan memberikan pengajaran kepada kerjaya seni dan perniagaannya.

BACA: “Saya Mohon Maaf, Jangan Babitkan Keluarga Saya”

“Saya insan biasa, jujurnya agak trauma dengan apa yang berlaku. Saya akan cuba perbaiki diri sayalah. Sesi tersebut berjalan kira-kira lima jam. Dari pukul 10 pagi hingga 3 petang.

“Pengalaman pertama saya ke sana kerana isu muzik video. Apa pun saya berterima kasih kerana mereka melayan saya dengan baik. Ia masih dalam siasatan lagi dan saya tak mahu berikan apa-apa kenyataan risau tersalah cakap,” katanya.

Dalam pada itu, Aliff mengakui tidak menjangkakan lagu rayanya itu mendapat perhatian ramai sehingga mencetuskan isu besar.

“Saya tak jangka boleh sampai ke tajap itu. Saya ingat ia hanya sekadar hiburan dan tidak ambil itu sebagai suatu yang serius.

“Apa pun, saya akui akan kesalahan saya dan InsyaAllah saya terus perbaiki diri dari semasa ke semasa,” katanya.