fbpx

Aliff Syukri Dipuji Hadiahkan Ibu Mentua Kereta Idaman

Meskipun ada yang kurang gemar dengan sikapnya yang didakwa suka menunjuk, namun ramai yang menjadikan usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri sebagai contoh seorang yang mementingkan keluarga.

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

Bukan sahaja sentiasa menghargai ibu bapa dan isterinya, malah Aliff turut melayan ibu bapa mentuanya sebagai ibu bapa sendiri. Baru-baru ini, Aliff membuat kejutan menghadikan ibu mentuanya sebuah kereta.

BACA: Ramai Tengah Susah, Aliff Syukri Selamba Tayang Misi Cari Kereta Mewah

Menurut Aliff, kereta jenis Honda CR-V itu merupakan kereta yang diidamkan mentuanya, Rohani Hassan sejak dari zaman muda lagi. Ujarnya, tanpa ibu bapa mentuanya, pasti dia tidak akan memiliki isteri yang baik seperti Datin Nur Shahida.

“Saya gembira sangat hari ini sebab dapat belikan kereta kegemaran mak mentua saya. Bukan main gembira dia dapat kereta ni.

“Maklumlah dari zaman muda mengidam nak pakai, akhirnya dapat juga. Kalau tak ada mereka, tak pasti saya ada isteri sebaik Shahida,” katanya.

Menerusi perkongsian itu, Shahida turut mendedahkan Aliff adalah menantu kesayangan ibunya dan satu-satunya menantu lelaki dalam keluarganya. Dalam pada itu, Aliff turut menitipkan pesanan kenapa orang ramai agar sentiasa berbakti bukan sahaja kepada ibu bapa sendiri, tetapi juga mentua.

“Bagi saya, kita kena berbuat baik dengan mentua sebab kalau tak kerana mentua kita, mungkin saya tak dapat isteri saya seperti sekarang.

“Disebabkan didikan mentua juga kita dapat pasangan yang baik. Selagi ada hayat, berbaktilah pada ibu bapa dan mentua kita sebab doa-doa mereka kita berjaya sehingga kini,” katanya.

Perkongsian Aliff itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji sifat pemurah usahawan tersebut, malah ada yang mengalirkan air mata melihat Aliff yang menyayangi ibu mentuanya seperti ibu sendiri.