Pasti ramai tahu, usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri membuat keputusan untuk undur diri dari media sosial susulan kontroversi menari ghairah bersama Baby Shima menerusi teaser muzik video lagu dangdut terbarunya.
Terbaru, Aliff dilihat ada memuat naik status di Insta Story memaklumkan dia mahu menjual Instagram miliknya dengan harga RM500,000.
BACA: Aliff Syukri Mohon Maaf, Undur Diri Dari Media Sosial
Menerusi entri itu, Aliff menawarkan kepada mana-mana individu yang berminat untuk membeli akaun Instagram miliknya yang kini mempunyai 4.3 juta pengikut.
Aliff memuat naik video permohonan maaf secara terbuka serta memohon maaf kepada ahli keluarganya yang terpaksa menanggung malu kerana perbuatannya itu.
Dilihat menangis teresak-esak, Aliff berkata dia membuat keputusan undurkan diri dari media sosial demi ibunya, isteri serta anak-anak. Ujarnya lagi, dia menyifatkan kali ini adalah ujian paling berat buat dirinya.