fbpx

Komposer Amy Ukays berkata dia tidak mahu lagi bekerjasama dengan usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri untuk menghasilkan lagu rayanya.

Menerusi perkongsian di Facebook, Amy berkata Aliff ada menghubunginya meminta untuk menghasilkan lagu raya untuknya namun menolak kerana sikap usahawan itu yang lupa diri.

BACA: Aliff Syukri Geram Dikecam Bagi Job Dekat Ira Kazar Jadi Model Tudung

Menurut Amy lagi, untuk tahun ini dia memilih untuk bekerjasama dengan usahawan dan artis lain serta menghasilkan lagu Aidilfitri Ukays Reborn.

“Iqbal hubungi Amy untuk minta buatkan lagu raya untuk tahun ini. Datuk Aliff juga ada WhatsApp, minta buat lagu raya tapi Amy menolak sebab dia lupa diri dan asal usul,” tulisnya.

“Kerana itu, Amy memilih untuk bekerjasama dengan usahawan dan artis lain serta fokus kepada lagu Aidilfitri Ukays Reborn sendiri.

“Amy tak suka untuk berkerjasama. Maka, tahun ini Amy fokus buat lagu raya untuk Iqbal, Datuk Seri Vida, Baby Shima, Ifa Raziah dan lagu baru raya Ukays Reborn bertajuk Di Sana Raya Di Sini Raya. Datuk Aliff Syukri, selamat tinggal buat selamanya,” tulisnya.

Dalam pada itu, Amy berkata dia reda seandainya diserang oleh netizen di media sosial kerana penolakan tersebut.

“Amy akan diserang di media sosial gara-gara menolak permintaan seorang yang bergelar jutawan berpengaruh. Amy reda,” tulisnya.