fbpx

Aliff Syukri Minta Ampun Pada Ibu, Janji Tak Mahu Lagi Riak

Sejak kebelakangan ini nama usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff  menjadi perhatian ramai apabila satu demi satu kontroversi terpalit dirinya sehinggakan ibunya, Bonda Rozita Ibrahim tampil memberi teguran terbuka kepada anaknya itu.

Susulan tindakannya itu, Aliff mengakui sudah pun berjumpa ibunya untuk meminta ampun dan maaf kepada ibunya. Malah Aliff berkata dia juga berjanji kepada ibunya untuk tidak bersikap riak dan akan mendengar kata.

BACA: Aliff Syukri Dikecam Riak Tayang Cek Bayar Zakat RM52,000

“Saya sudah berjumpa bonda dan berkongsi video di IG. Cuma, apa yang dimuat naik itu adalalah rakaman semula. Sebelum itu, adalah dia mengamuk dan bising. Sama juga saya.

“Namun, ia tidak dikongsikan. Saya tunjuk yang gembira saja. Sebab, tidak mahu orang akan bercerita lebih buruk. Bagi saya, macam mana jahat sekali pun mak kita, dia tetap mak kita. Dalam kes saya, bukan nak kata mak saya jahat.

“Jadi, saya sudah minta maaf dan ampun daripadanya. Saya juga berjanji takkan riak dan akan dengar cakap,” katanya kepada Harian Metro.

Bagaimanapun, Aliff berkata dia sebenarnya tidak bersetuju dengan tindakan ibunya yang membuat teguran secara terbuka kepada umum. Aliff berkata, ibunya sepatutnya bertemu dengannya dan memberikan teguran secara depan-depan.

“Saya tak setuju dengan bonda iaitu kutuk saya di IG. Sepatutnya jumpa saya depan-depan. Tapi, sebelum ini memang sudah pernah nasihat. Tapi saya jenis kalis teguran.

“Jadi, apabila berjumpa kami berpeluk dan menangis bersama-sama. Itu mengeratkan lagi silaturahim,” katanya.

Dalam pada itu, Aliff mengeaskan dia tidak gila atau sakit mental seperti yang didakwa orang ramai. Namun, Aliff mengakui dia ada berjumpa dengan doktor kerana tertekan dengan pekerja dan hal-hal lain.