fbpx

Aliff Syukri Dikecam Riak Tayang Cek Bayar Zakat RM52,000

Sejak minggu lalu perlbagai kontroversi terpalit Datuk Seri Aliff Syukri sehinggakan usahawan kosmetik itu melancarkan lagu terbaru berjudul Cuba Bahagia mengisahkan luahan perasaan hatinya yang sedih dengan apa yang dilaluinya.

Seakan tidak serik menjadi mangsa kecaman netizen, hari ini usahawan itu dilihat memuat naik gambar cek pembayaran zakat sebanyak RM52,500 kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

BACA: Aliff Syukri Mahu Hidup Gaji RM3,500, Duduk Rumah Teres

Menerusi perkongsian itu, Aliff berkata sebagai seorang usahawan dia tidak melupakan tanggungjawab menunaikan rukun Islam keempat itu. Malah, Aliff turut meminta orang ramai mendoakan kejayaanya agar dapat membantu mereka yang tidak berkemampuan.

Seperti sudah dijangka, perkongsiannya itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang berpendapat Aliff seolah-olah riak. Kata netizen lagi, niat usahawan itu membayar zakat itu sudah betul tetapi perlu ke menunjuk kepada umum.

Dalam pada itu, ada segelintir netizen memuji dan menyokong tindakan Aliff memuat naik gambar cek bayaran zakat tersebut kerana memang sudah begitu sikap usahawan tersebut.